31 August, 2009

Hidup UMNO

Barisan Nasional sudah 7 kali kalah dalam pilihanraya kecil. Jika zaman pemerintahan Pak Lah, ramai orang menyalahkan punca kekalahan BN adalah kerana Pak Lah. Zaman Pak Lah sudah berlalu namun BN tetap kalah dalam mana-mana pilihanraya kecil.

Kita perlu menerima hakikat bahawa kekalahan BN disebabkan, BN ditolak oleh pengundi. Tidak kira pengundi kaum Melayu dan bukan kaum Melayu.

Pada saya kekalahan BN ini juga disebabkan oleh jentera UMNO di peringkat bahagian tidak berjaya mencapai tahap yang dikehendaki oleh pengundi.

Jika kita lihat sekarang diperingkat pusat, UMNO mempunyai barisan kepimpinan yang mantap.
Pemimpin diperingkat pusat telah menunjukkan satu komitmen yang amat jitu. Saf kepimpinan yang di kepalai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat hebat.
Mereka semua mahu membawa satu perubahan kepada UMNO, BN dan Negara.
Tetapi masalah yang kita hadapi sekarang adalah kepimpinan UMNO di peringkat negeri, bahagian dan cawangan.
Pada saya ini semua adalah kerana rakyat Melayu sudah tidak lagi mempercayai dan setia kepada UMNO dan BN. Saya tidak masukkan kaum bukan Melayu kerana pada saya kaum bukan Melayu mempunyai agenda politik yang jelas dan tertentu. Mereka bermain politik dan melakukannya dengan baik.
Mereka ini memang tidak setia dari dulu lagi kepada UMNO dan BN.
Rakyat terutamanya kaum Melayu sudah ada pemikiran baru terhadap politik, mereka sudah tidak kisah kepada agenda Melayu, ketuanan Melayu atau kepada Raja-raja Melayu. Mereka sudah tidak kisah lagi tentang hak keistemewaan sebagai penduduk asal TanahMelayu yang mereka miliki.
Pada mereka itu semua tidak penting yang penting, yang penting ialah mencari wang untuk hidup dan terus hidup.

Tetapi UMNO sebagai satu parti politik yang menjadi tulang belakang kepada negara perlu menunjukkan kepada rakyat bahawa UMNO berani melakukan perubahan tidak takut pada bayang-bayang sendiri.
Apa yang perlu UMNO buat adalah:-
a) Mengadakan pertandingan jawatan dalam UMNO apabila sampai pada masanya. Tidak kira jika waktu itu sudah hampir kepada pilihanraya umum ke-13 pun.

b) Pertandingan perlu berlaku di semua peringkat iaitu dari jawatan presiden, timbalan, naib, ahli majlis tertinggi sehinggalah ke peringkat bahagian dan cawangan UMNO.

Tidak boleh menangguh pertandingan dalam UMNO dengan alasan takut pada perpecahan dalam parti.
Jika alasan ini masih digunakan untuk tidak mengadakan pertandingan dalam pemilihan jawatan dalam UMNO maka itu menunjukkan UMNO masih tidak berubah dan masih takut pada bayang-bayang sendiri.
Rakyat akan menilai sama ada UMNO ikhlas atau tidak. Rakyat Melayu sekarang bukan lagi seperti rakyat Melayu zaman Tun Mahadhir. Rakyat Melayu sekarang adalah rakyat Melayu yang berfahaman MAHADHIRISME.

No comments: