25 August, 2009

Apa nak jadi pada kaum Melayu?

1. BN kalah lagi di N.11 Permatang Pasir. Hal ini menunjukkan rakyat mahu Pakatan Rakyat terus mempunyai kuasa. Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PKR, DAP dan Pas dan diketuai oleh Anuar Ibrahim.

2. Jika kita lihat banyak isu yang berbangkit di beberapa buah negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, seperti isu kandang babi di Kedah, Kampung Buah Pala di Pulau Pinang, Isu arak dan pembinaan kuil di syeksen 23 di Selangor.

3. Ada juga isu yang bertentang dengan raja-raja Melayu seperti di negeri Perak iaitu isu pembubaran DUN, isu perbelanjaan wang zakat di negeri Selangor. Isu pemimpin Pakatan Rakyat iaitu Karpal Singh yang mahu menyaman sultan Azlan Shah.

4. Isu yang paling besar pada saya ialah NikAziz tidak marah apabila seorang pemimpin DAP memperlecehkan agama Islam. Hal ini tidakmenjadi masalah kepada penyokong PR. Walaupun yang kena hina itu adalah ahli Pakatan Rakyat sendiri.

5. Semua isu-isu yang timbul ini tidak memberi kesan kepada Pakatan Rakyat. Rakyat tetap menyokong mereka dan yang terbaru sekali rakyat memberi kemenangan kepada calon Pakatan Rakyat di Permatang Pasir.

6. Jika ’gelombang tidak kisah dengan isu’ di kalangan rakyat ini terus wujud. Saya melihat hal ini akan memberi kesan kepada Barisan Nasional dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang.

7. Pada ramalan saya gelombang ini akan terus wujud dan kukuh di dalam masyarakat, maka wujudlah isu apa pun waima isu liwat sekalipun rakyat tidak kisah mereka akan tetap memberi sokongan kepada PR.

8. Untuk itu adakah kemungkinan besar BN akan kalah separuh atau teruk atau kemungkinan besar tidak lagi memegang tampuk kuasa memerintah Malaysia?

9. Jika ramalan ini benar maka pada ketika itu hilanglah kuasa yang selama ini dipegang oleh kaum Melayu Islam. Hal ini kerana jika BN memerintah Malaysia, perdana menteri dan timbalan perdana menteri adalah dari kaum Melayu (UMNO). Tetapi jika Pakatan Rakyat belum tentu lagi.

10 Jika diambil kira jumlah kerusi ahli parlimen di kalangan anggota pakatan rakyat, yang akan menjadi perdana menteri Malaysia ialah Anuar Ibrahim dan timbalan perdana menteri pula ialah Karpal Singh. Hal ini kerana dalam pakatan rakyat PKR mempunyai jumlah ahli parlimen yang banyak dan diikuti oleh DAP dan PAS.

11. Jika ini semua berlaku, adakah kaum Melayu akan terus dapat mengekalkan hak-hak yang selama ini dimiliki oleh mereka?

No comments: