02 September, 2009

Pembangkang menguasai Jepun

Di negara Jepun telah berlaku satu perubahan pemerintahan.
Parti Liberal Demokratik (LDP) pimpinan Taro Aso kalah kepada Parti Demokratik (DPJ) pimpinan Yukio Hatoyama 62 tahun, seorang jurutera lulusan Amerika Syarikat juga keturunan politik yang berpengaruh di Jepun.
Beliau adalah anak kepada bekas Menteri Luar Lichiro Hatoyama dan cucu kepada bekas Perdana Menteri Ichiro Hatoyama.
Parti Demokratik berjaya memperolehi 308 daripada 480 kerusi di Dewan Rendah pada pilihanraya Parlimen. Secara tidak langsung telah menamatkan tempoh lebih separuh abad pemerintahan Parti Liberal Demokratik selama 52 tahun.
Perubahan ini menunjukkan rakyat Jepun mahukan perubahan dalam sistem pemerintahan. Masalah yang dihadapi oleh rakyat seperti kadar pengangguran yang meningkat setiap tahun, kerenah birokrasi dan pembaziran dalam perbelanjaan negara.
Hutang awam meningkat melebihi enam trilion yen (RM225 bilion) Selain itu nisbah penduduk muda dengan penduduk warga tua semakin mengecil dengan populasi warga tua semakin ramai menyebabkan kos sosial negara semakin meningkat.
Masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat telah menyebabkan rakyat Jepun berani mengambil risiko untuk merubah pentadbiran negara melalui sistem pilihanraya.
Masalah ini adalah berpunca daripada pentadbiran LDP yang menampakkan ketidak seriusan dalam menyelesaikan masalah negara. Pemimpin-pemimpin LDP sering bertukar ganti dan menghadapi beberapa skandal yang menyebabkan rakyat marah.
Adakah perkara seperti ini akan berlaku kepada Barisan Nasional? Jika di Jepun berlaku perubahan pada parti memerintah namun bangsa dan agama Perdana Menteri yang baru masih tetap sama.
Tetapi di Malaysia, jika berlaku perubahan pemerintahan dalam negara belumtentu lagi Perdana Menteri akan di pegang oleh kaum Melayu atau mana-mana jawatan menteri strategik seperti menteri pendidikan, kewangan dan jabatan perdana menteri adakah perkara seperti ini boleh berlaku?

1 comment:

KAUNSELOR said...

Senario politik Jepun tidak sama dengan politik Malaysia. Di Jepun, walaupun rakyat sudah buat pilihan kerajaan yang baru, negara Jepun masih ditadbir urus oleh orang bangsa Jepun juga. Di Malaysia lain pula keadaannya. Rakyat Malaysia perlu mempunyai sikap tolaransi antara tiga kaum yang dominan, seperti apa yang telah dipersetujui dalam KONTRAK SOSIAL. Namun demikian kini seolah-olah sudah wujud satu puak yang tidak lagi menghormati persetiaan murni(Kontrak Sosial) itu. Kemungkinan mereka sudah bermimpi yang terlalu indah untuk mengambil tampok pemerintahan negara suatu hari kelak. Bunga-bunganya sudah ada, jadi tak jadi entahlah....... apa akan jadi kepada cucu-cucu saya lagi 100 tahun.