12 September, 2009

BN akan kalah di N13 Bagan Pinang?

JALAN TODAK, TAMAN SERI TENGGARA, 12 Sept KGM-- Umno Bahagian Teluk Kemang sebulat suara menamakan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.
Keputusan itu dicapai pada mesyuarat UMNO bahagian TelukKemang, mendapat sokongan sebulat suara 33 ahli jawatankuasa (AJK) bahagian yang menghadiri mesyuarat. Mereka yakin pengalaman dan ketokohannya mampu membantu BN mempertahankan kerusi itu.

Menurut mereka itu adalah kehendak akar umbi dan berharap pucuk pimpinan menghormati dan mendengar keputusan akar umbi.

Tetapi timbalan presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta beberapa nama yang boleh diketengahkan sebagai calon.

Jika keputusan daripada UMNO bahagian ini dijadikan kenyataan, maka UMNO seperti bagi bola tanggung kepada Pas. Hal ini akan memudahkan PAS menyerang UMNO kerana meletakkan calon yang jelas bermasalah.

Apakah yang dicari lagi oleh Tan Sri Isa? Saya harap Tan Sri Isa memahami situasi politik dalam negara yang mahukan satu perubahan kepada UMNO.

Jika diambil kira sudah 8 siri pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum ke-12. Daripada 8 itu Barisan Nasionalhanya menang satu kerusi sahaja di N.29 DUN Batang Air.

Adakah Tan Sri Isa mahu melihat DUN Bagan Pinang kalah?

No comments: