02 September, 2009

Surat kepada pemimpin-pemimpin UMNO

Assalamualaikum
Tuan,
Tujuan saya menulis surat ini hanyalah untuk menunjukkan sayangnya saya kepada UMNO. Manakala tuan-tuan pula adalah pemimpin yang diberi amanah untuk menjaga UMNO.
Jika kita lihat sejarah penubuhan UMNO adalah bermatlamat menyatukan kesemua persatuan dan pertubuhan kaum Melayu yang sebelum 11 Mei 1946 berselerak dan tidak bersatu.
Apabila tertubuhnya UMNO, persatuan dan pertubuhan Melayu mulalah bersatu di bawah satu bumbung dan secara tidak langsung bangsa Melayu tanpa mengira fahaman politik sama ada nasionalis, aliran agama, sosialis dan komunis bersatu atas nama satu bangsa Melayu.
Semua ini berlaku apabila orang Melayu melihat ketuanan Melayu mula digugat oleh kaum bukan Melayu dan British.
UMNO menggunakan 'Hidup Melayu' sebagai slogan atau tema untuk menyatukan bangsa Melayu seluruh Tanah Melayu.
Semenjak dari tarikh keramat 11 Mei 1946, UMNO menjadi parti politik untuk bangsa Melayu.
Tetapi apa yang dapat dilihat sekarang, kuasa politik yang ada pada UMNO nampak semakin terhakis dari arena politik arus perdana.
UMNO seperti hilang hala tuju. Walaupun UMNO dipimpin oleh satu saf kepimpinan yang pada saya cukup baik pada ketika ini. Namun UMNO seringkali kalah pada pilihanraya kecil yang berlaku.
Untuk menyelamatkan UMNO, UMNO perlu melakukan perubahan dalaman. Perubahan diperingkat pusat sahaja tidak boleh memperkukuhkan UMNO. UMNO perlu berubah disemua peringkat termasuk diperingkat negeri, bahagian dan cawangan.
Apa yang dilihat sekarang perubahan di peringkat pusat tidak mempengaruhi diperingkat negeri, bahagian dan cawangan UMNO seluruh negara.
Hal ini pada saya mempengaruhi kekalahan BN dalam pilihanraya umum ke 12 dan 7 buah pilihanraya kecil selepas itu.
Jika kita buat kajian berapa bahagian UMNO yang aktif dan mampu menghadapi pihak lawan apabila timbul beberapa isu berkaitan UMNO?
UMNO tidak boleh lagi meninggalkan rakyat. Selama ini UMNO meninggalkan rakyat menyebabkan rakyat lari kepada parti pembangkang walaupun parti tersebut haprak.
Sehubungan dengan itu, surat ini ditulis untuk memberi beberapa cadangan agar UMNO terus kekal menjaga ketuanan Melayu
1. UMNO melarang berlakunya pertanding merebut jawatan dalam parti....setiap kali masa pertandingan sampai....UMNO menangguhkan ke tahun berikutnya dan tahun berikutnya dengan alasan takut berlaku perpecahan. Untuk itu halseperti ini tidakboleh lagi berlaku. Sampai masa pertanding perlu dijalankan walaupun masa itu hampit dengan pilihanraya umum. Hal ini akan menunjukkan kepada rakyat bahawa UMNO tidak taku pada bayang-bayang sendiri.
2. UMNO membuang cerdik pandai iaitu 'kumpulan A' (profesional) bertanding dalam parti. Menyebabkan mereka ini tertanya-tanya bagaimana mahu membalas budi UMNO jika UMNO tidak membenarkan dan menerima mereka bermain politik. UMNO perlu membuka pintu kepada golongan profesional.
3. UMNO mewujudkan pagar iaitu menyekat agar' kumpulan A' tidak boleh berpolitik. Buang pagar ini.
4. Jurang sosial pemimpin UMNO dengan rakyat sangat jauh. Pemimpin UMNOperlu mesra rakyat....harus sering turun melawat kawasan.
Sekian, terima kasih
Agama,bangsa an negara.

No comments: