31 May, 2010

Tanah Melayu hak Melayu!!!

Kampung Baru, Kuala Lumpur adalah sebuah kampung tradisional orang Melayu di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur.

Baru-baru ini Menteri Wilayah mahu memajukan Kampung Baru di bawah Palan Cadangan Konsep dan Kaedah Pelaksanaan Pembangunan selaras dengan pembangunan kota raya Kuala Lumpur.

Idea ini sangat bagus dan amat baik demi servival Kampung Baru.

Yang menjadi persoalan besar di sini ialah mengapa pembangunan Kampung Baru memberi kuota untuk bukan Melayu memiliki hartanah di kampung tersebut?

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menyatakan akan dibuka 40% untuk bukan Melayu memiliki tanah atau ruang perniagaan di Kampung Baru apabila ianya dimajukan.

60% lagi adalah hak kepunyaan orang Melayu.

Pada saya, 40% untuk orang bukan Melayu tidak perlu ada. 100% hak Melayu perlu di miliki oleh Melayu, kerana tanah tersebut adalah hak orang Melayu.

Orang bukan Melayu tidak perlu diberi peluang untuk memiliki apa-apa di Kampung Baru.
Orang Melayu tidak habis-habis bertolak ansur, sampai bila? adakah sehingga semua tanah Melayu dimiliki oleh orang bukan Melayu.

No comments: