22 March, 2012

Cina Bangkit Melalui Persatuan

25 Mac 2012 ini Gabungan Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Malaysia atau Dong Zong akan mengadakan kempen tunjuk perasaan bagi membangkitkan dua isu.

Isu pertama :

Merayu supaya kerajaan mengiktiraf sijil peperiksaan gabungan sekolah-sekolah menengah Cina swasta atai Tong Koa.

Sijil Tong Koa mempunyai dua kategori iaitu peringkat rendah yang setaraf dengan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan peringkat atasan setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolah Malaysia (STPM.

Isu Kedua :

Meminta Kerajaan menukar guru yang tidak tahu berbahasa Mandarin di sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan guru bahasa Melayu di sekolah tersebut perlu sekurang-kurangnya memiliki keputusan lulus matapelajaran bahasa Mandarin peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kenapa Dong Zong membangkitkan isu ini? adakah hal ini bertujuan memberi tekanan kepada pihak kerajaan Barisan Nasional?

Dalam kata mudah, kalau BN nak undi orang Cina, Barisan Nasional perlu ikut apa kata Dong Zong.

Kenapa Dong Zong membangkitkan isu ini? adakah kerana Dong Zong melihat parti-parti politik yang mahu menang dalam PRU-13 perlu mengikut telunjuk Cina, kerana pengundi Cina boleh menentu kemenangan sesebuah parti?


No comments: