26 August, 2012

Sucikan Hati...

1. Amalan yang dapat menyucikan hati manusia antaranya adalah bersedekah, bertaubat dan berzikir.
2. Allah memberi petunjuk kepada manusia, tentang kemurkaannya. Allah akan menyusahkan hati manusia, hidup dengan penuh keluh kesah, tidak lena tidur, susah nak tidur, perasaan gundah-gulana, buntu, muram, resah gelisah dan sebagainya.
3. Semua itu adalah signal daripada Allah agar kita bersegera melakukan penyucian hati dengan pelbagai cara seperti bertaubat, beristighfar dan bersedekah.
4. Bangsa Melayu adalah bangsa yang menjadi penganut agama Islam. Jika dillihat Islam itu telah mengajar kita agar menjadi manusia yang dapat membantu sesama islam terlebih dahulu sebelum membantu orang lain.
5. Tetapi apa yang dilihat sekarang bangsa melayu yang menjadi umat Islam itu seringkali bertelingkah dan tidak sependapat walau pun tentang agama mereka sendiri.
6. Oleh itu, marilah kita sama-sama menyucikan hati kita agar hati kita menjadi lebih baik dan kita dapat bersatu meneruskan perjuangan bangsa ini.
7. Kita bertaubat, beristighfar dan bersedekah. Semoga Allah dapat mengampunkan dosa-dosa kita.
8. Marilah kita melakukan amalan berzikir dan bersedekah.
9. Zikir yang paling mudah, hanya menggunakan lidah untuk berzikir kepada Allah atau berselawat ke atas junjungan besar rasulullah.
10. Untuk menyebut nama Allah pun kita hanya perlu mengangkat lidah kita sekali sahaja, tetapi berapa ramai antara kita menjadikan zikir sebagai amalan beliau seharian. Allah.
11. Bersedekah - belum pernahlah aku berjumpa dengan orang menjadi miskin kerana bersedekah.
12. Allah berfirman dalam Al-Quran - " Dan apa yang kamu belanjakan daripada sesuatu, maka Allah akan menggantikannya" - (Surah Saba' 34:39)
13. " SESUNGGUHNYA  SEDEKAH ITU PASTI MEMADAMKAN KEMURKAAN ALLAH DAN MENGHINDARKAN DARIPADA KEMATIAN YANG BURUK"
14. Sabda Rasulullah - "Dan bersedekah itu bukti" - bukti keimanan seseorang boleh diukur dengan amalam bersedekah beliau.

No comments: