24 April, 2011

BN atau PAS

4 PRK dan 5 kerusi DUN di Sarawak PAS bertanding semuanya kalah.

PAS perlu mengkaji, kenapa PAS ditolak oleh rakyat.

PAS dilihat tidak konsisten dalam mempertahankan prinsip perjuangan. Pemimpin2 PAS dilihat akan cepat menukar kenyataan jika kenyataan yang asal bertentangan dengan pendapat pemimpin DAP.

Hal ini menjadikan PAS dilihat tidak berprinsip dalam perjuangan.

PAS tidak lagi melaungkan negara Islam dan hukum hudud...sedangkan ini adalah perjuangan asas PAS. Hal ini juga dilihat PAS lebih mengikut telunjuk DAP yang jelas menentang dasar PAS ini semenjak dahulu lagi.

Manakala BN terus konsisten. BN tidak peduli jika orang Melayu atau bukan Melayu tidak memberi undi kepada BN. Hal ini terbukti dalam pPRU ke-12 dan beberapa PRK dalam tahun 2009 dan 2010.


Namun BN yang diwakili pelbagai parti yang berbilang kaum terus menuju kehadapan dengan gagasan yang terbilangnya 1Malaysia. Iaitu satu gagasan yang memperlihatkan perkongsian kuasa antara kaum berlandaskan prinsip Perlembagaan Persekutuan.


Rakyat bijak menilai. Rakyat tahu, parti mana yang dapat memajukan dan memartabatkan negara ini dipersada dunia.

No comments: