08 May, 2012

JIHAD MELAYU DEMI ALLAH


SLOGAN UMNO PERLU DIUBAH: “JIHAD MELAYU, DEMI ALLAH”
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO perlu mengubah slogan demi perjuangan untuk agama, bangsa dan tanah air.
Slogan yang digunakan sebelum ini telah terbukti memberi semangat dan kebaikan dalam menaikkan semangat bangsa Melayu Islam untuk terus mempertahankan dan mendaulatkan bangsa itu.
Slogan Hidup Melayu dan Merdeka adalah slogan-slogan keramat yang telah dicipta dan terbukti berjaya menyatukan seluruh umat Melayu sehingga dapat menggagalkan agenda Malayan Union dan seterusnya memerdekakan Tanah Melayu dari penjajahan British.
Namun slogan-slogan ini perlu diubah mengikut keadaan dan dimensi baru.
Maka untuk itu, saya mencadangkan slogan baru UMNO adalah
 “JIHAD MELAYU, DEMI ALLAH”.
Jihad yang membawa maksud usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai kebaikan yang diredai Allah. Oleh itu, di dalam perkataan jihad itu sudah jelas, untuk melakukan sesuatu, kita terlebih dahulu perlu berniat kepada Allah.
Melayu adalah satu bangsa yang dikenali sebagai bangsa yang menganuti agama Islam. Oleh itu, Melayu sinonim dengan Islam. Secara tidak langsungnya Jihad Melayu bererti Bangsa Melayu harus berusaha bersungguh-sungguh memperbaiki ketaatan kepada agama, berusaha mencapai taraf ekonomi yang lebih baik, mendalami pendidikan agama dan akademik, memperbaiki keadaan sosial bangsa Melayu Islam.

Apabila kita berjihad dan berniat mengukuhkan bangsa Melayu, secara tidak langsung mengukuhkan dan memartabatkan umat Islam di Malaysia.
Pendekatan ini perlu diambil oleh UMNO, agar bangsa Melayu Islam akan terus memberi sokongan kepada UMNO untuk meneraju negara bangsa ini bersama dengan parti-parti dalam Barisan Nasional.
Jika UMNO terus mengekalkan dimensi lama, maka UMNO perlu menerima hukuman dari rakyat. UMNO perlu berubah, bukan sahaja dengan slogan tetapi lebih dinamik dengan gaya dan teknik merapati rakyat.
Rakyat memerlukan sentuhan baru dari UMNO, rakyat menunggu perubahan dan perpaduan dalam UMNO.
Jika UMNO tidak berubah, maka tunggulah masanya untuk rakyat mengubah.
Berubah sebelum diubah.

1 comment:

TOKGURU86 said...

Penulisan yang cantik bro.. Melayu mesti bersatu demi kelangsungan Agama Islam di Malaysia..