18 May, 2012

PAS DAP, DAP PAS...






Bertuah menjadi orang bukan Melayu di Malaysia...Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas, Hu Pang Chaw,  gambar di bawah...


mengumumkan calon bukan Islam untuk mewakili PAS dalam PRU-13...
Menurutnya lagi, PAS akan bagi 2 kerusi DUN di Johor dan satu kerusi Parlimen di Sarawak...


berdasarkan tuntutan awal Dewan Himpunan Penyokong PAS adalah setiap kerusi PAS di setiap negeri perlu diberi kepada calon bukan Islam....

Bertuah sungguh jadi orang bukan Melayu di Malaysia. Tidak boleh  jadi calon untuk mewakili parti kompenun dalam BN, depa boleh masuk DAP atau PKR untuk jadi calon pilihanraya. Tetapi jika semua itu juga tak boleh depa tubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS, maka boleh juga jadi calon...

Apa sudah jadi kepada PAS???
PAS bukan lagi sebuah parti yang memperjuangkan Islam...
Jika  Hu Pang Chaw jadi ahli parlimen PAS, adakah beliau akan memberi sokongan kepada dasar2 Islam yang akan di bawa oleh PAS???
Jika PAS nak laksanakan hudud dan negara Islam, adakah orang ini akan menyokong.

Jika beliau berkempen, adakah orang PAS akan panggil dia ustaz Hu Pang???
Adakah beliau akan masuk syorga kerana beliau menyokong PAS, seperti kata Nik Aziz, sesiapa sokong perjuangan PAS akan dijanjikan syorga????
PAS sudah lari dari perjuangan asal...lari sangat jauh...
PAS perlu kembali kelandasan asal....





No comments: