02 July, 2012

Melayu Bangkit....

Sebelum aku menulis panjang, aku nak hampa tau yang aku ni adalah penyokong dan pengundi Barisan Nasional, ahli UMNO dan orang UMNO.

Aku nak tulis tentang bangsa aku iaitu Melayu.

Pada pendapat aku,  dalam tempoh sepuluh tahun akan datang bangsa Melayu di Malaysia hanya akan mejadi kuli dan pekerja awam atau buruh sahaja. Sepuluh tahun yang aku maksudkan ialah selepas pilihanraya umum ke-15 iaitu pada tahun 2023.

Hal ini kerana beberapa sebab :-

1.  Jika anda perhatikan sekarang, ramai di kalangan bangsa Melayu yang memiliki ijazah sarjana muda dari universiti tempatan tetapi masih menganggur. Tak ada kerja, duduk rumah dan tunggu kerja. Ada yang tamat universiti 4 atau 5 tahun, masih mengganggur. Bila tanya kenapa tidak minta kerja? jawapannya - tidak ada kerja yang sesuai dengan ijazah yang dimiliki.

2.   Hal ini berlaku kerana, pelajar Melayu lepasan matrikulasi atau from six akan mohon masuk universiti tetapi tidak mengkaji jenis ijazah yang akan di ambil.

3. Mereka hanya bercita-cita masuk universiti, janji masuk universiti, kursus apa pun tidak kisah, itu yang terhasilnya ramai yang tamat belajar tetapi tidak ada kerja.

4.   Syarikat-syarikat swasta yang dimiliki oleh bangsa bukan Melayu tidak mengutamakan bangsa Melayu sebagai pekerja. Syarikat-syarikat ini akan mengutamakan pelajar-pelajar bukan Melayu yang keluar dari kolej-kolej swasta.

5.    Proses temuduga di sektor swasta menggunakan bahasa Inggeris. Ramai di kalangan pelajar bangsa Melayu tidak mahir berbahasa Inggeris dengan lancar.

6.   Ada juga syarikat swasta yang dimiliki oleh bangsa bukan Melayu mensyaratkan lulus bahasa mandarin diperingkat SPM.

7.   Pelajar Melayu hanya mengharapkan sektor awam sebagai tempat mencari kerja.

8.   Pelajar Melayu tidak berminat untuk membuka syarikat perniagaan sendiri. Mereka lebih suka makan gaji dari memberi gaji.

9.   Kerajaan juga telah mengiktiraf 70 kursus diploma Kolej TAR.

10.  Melayu berpecah dan tidak sependapat walaupun melibatkan nama Allah. Itu belum lagi tentang politik.

11.  Melayu tidak berpendirian. Tidak berani mempertahankan hak mereka sendiri. Bangsa bukan Melayu berani mempertahankan hak seperti bahasa ibunda, sistem persekolahan dan budaya mereka.


.

1 comment:

Anonymous said...

My comment:
1. Melayu ditegah oleh orang politik daripada belajar Bahasa Inggeris, sedangkan banyak ilmu dunia dicetak dalam Bahasa Inggeris. Menteri Malaysia pernah malu apabila rombongan yang dibawanya ke luar negara tidak tahu bahasa inggeris. Dengan mengutamakan Bahasa Melayu, orang-orang politik berjuang mengutamakan Bahasa Melayu untuk meraih sokongan pengikut. Mereka tidak menyedari berapat pentingnya Bahasa Inggeris untuk dunia luar bagi anak cucu mereka. Kawan-kawan saya berbangsa Melayu daripada English Medium ramai berjaya kerena mereka boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris. Mereka dapat kerja di syarikat-syarikat besar, bank-bank swasta, dll. Mereka baca banyak dalam Bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris membawa kejayaan dalam hidup mereka. Semata-mata untuk meraih sokongan, Bahasa Inggeris telah dipinggirkan sehingga memudaratkan bangsanya sendiri. Meminggirkan Bahasa Inggeris adalah tindakan bodoh. Bantahan oleh UiTM apabila dicadangkan bukan-melayu dibenarkan masuk UiTm juga adalah tindakan bodoh. Patut beri mereka masuk, supaya anak melayu dapat interaksi dan belajar dari non-malays, belajar Inggeris dll.

2. Khir Toyo pernah memperkenalkan syarat wajib bagi peniaga melayu yang mohon lesen niaga untuk menghadiri dan kemukakan sijil perniagaan. Ini adalah untuk memastikan mereka tahu selok belok perniagaan sebelum melancarkan perniagaan supaya mereka boleh berjaya. Ini tidak diparaktikkan di negeri lain. Kaum Melayu hendak menceburi perniagaan tanpa kemahiran. Tak mahu mengaku mereka tiada kemahiran. Tak mahu belajar selok belok perniagaan sebelum melancarkan perniagaan. Kaum Cina selalu berjaya dalam perniagaan. Kaum Cina mengutamakan pelanggan, utamakan wang dalam saku pelanggan. Mereka mahu "repeat customers" dengan melayan sebaik-baiknya "first time customers", hal ini tidak dipraktikkan oleh peniaga Melayu. Peniaga Melayu sering gagal kerana mereka tidak tahu berniaga, tak mahu belajar bagaimana berniaga atau bagaimana mencari keuntungan.

3. Lain-lain point dalam artikel ini tidak dinafikan.