21 July, 2012

SUKMA XV : di mana negeri Perak?


Salam 1 ramadhan…kejohanan SUKMA XV di negeri Pahang baru selesai…tahniah kepada negeri Terengganu  yang memperolehi pingat yang terbanyak.

Negeri Perak yang  mensasarkan kedudukan lima negeri terbaik dengan membawa pulang 30 pingat emas…tetapi apa yang diperolehi adalah tempat ke lima negeri tercorot…dengan kutipan 11 emas , 22 perak dan 36 gangsa.

Apa dah jadi dengan ahli sukan negeri Perak? Di mana silapnya kita? Adakah pihak pengurusan negeri yang silap atau ahli sukan yang tak kuat? Adakah program-program sukan di peringkat sekolah rendah dan menengah tidak bagus lagi? Adakah  program-program pencarian  bakat dari peringkat sekolah tidak berkesan? Adakah negeri Perak tidak memiliki jurulatih-jurulatih sukan yang baik? Adakah kerana kita tidak mempunyai strategi-stragei  sukan tahap SUKMA?

Inilah persoalan-persoalan yang bermain difikiran aku…aku ni bukanlah tahu sangat bab sukan, tetapi aku mahu melihat kejayaan dalam bidang sukan.

Pada aku untuk menjawab semua perkara yang berbangkit ini, pihak pengurusan sukan diperingkat negeri kena duduk semeja, semua badan-badan yang terlibat dengan pembangunan sukan kena duduk berbincang…antaranya Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Belia dan Sukan, KOAM dan sebagainya.

Depa ni kena berbincang dan susun satu rangka perancangan yang selari serta ada hubung kait antara satu sama lain. Supaya proses melahirkan atlit bagi negeri Perak, dalam keadaan tersusun. Jangan buat hal masing2…kita perlu senada dan seirama dalam menyusun strategi.

Kita masih ada peluang, negeri Perak mempunyai ramai bakat-bakat muda yg terbaik dalam bidang sukan, tetapi mereka ini tidak mendapat peluang untuk menonjolkan diri. Pihak pengurusan sukan perlu main peranan dalam hal ini.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGERI PERAK.


No comments: