08 July, 2012

Mahathirisme


Fahaman boleh didefinisikan sebagai corak pemikiran, pendapat dan kepercayaan. Daripada fahaman akan terhasil ideologi. Fahaman yang baik akan menjadi pegangan dan ikutan sesuatu masyarakat.

Di negara barat, terhasil beberapa fahaman daripada pemikiran  beberapa individu yang dianggap bernas oleh masyarakat tersebut. Sebagai contoh fahaman marxisme, komunisme, sosialisme dan kapitalisme.

Manakala di Malaysia, baru-baru ini dikatakan telah wujud satu fahaman yang dikenali sebagai mahathirisme.

Atau mungkin fahaman ini telah lama wujud tanpa sedar hasil dari ucapan, perbincangan dan pembentangan kertas kerja oleh Tun Dr. Mahadir bin Mohamed semasa beliau menjadi perdana menteri Malaysia selama 22 tahun.

Namun jika fahaman ini benar-benar wujud dan diterima oleh masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Maka perlu dikaji sehingga tahap mana fahaman mahathirisme ini boleh dijadikan sebagai satu corak pemikiran dan kepercayaan masyarakat Malaysia.

Selama ini masyarakat Malaysia yang berbilang kaum hidup dalam keadaan aman dan harmoni berlandaskan satu ideologi yang dinamakan rukun negara.

Adakah diperlukan satu lagi fahaman untuk melahirkan ideologi yang baru untuk rakyat Malaysia?


No comments: