11 July, 2012

Calon PRU ke-13.

Calon PRU ke-13 untuk BN siapa yang tentukan? 
Bagi pihak pembangkang, lantak berdarahlah depa...buat pa nak ambik tahu.....
Tetapi bagi pihak BN, perlu diambil tahu dan ambil berat, sebab BN yang akan memerintah negara ini, dengan terbaik, tak ada mana-mana parti politik yang dapat memerintah Malaysia sebaik BN.

Jadi untuk jadi pemerintah negara dan negeri yang terbaik, pemimpin yang dipilih untuk mewakili BN di peringkat kawasan perlulah dikalangan orang-orang terbaik dan terhebat.

Dalam PRU ke-13 akan datang BN perlu lebih berani memilih calon-calon yang bukan sahaja yang boleh menang tetapi calon-calon yang mempunyai beberapa ciri seperti berikut:-

  • Berani membuat keputusan.
  • Tidak dipengaruhi oleh mana-mana kumpulan dalam parti.
  • Mempunyai kelayakan akademik tahap ijazah.
  • Mempunyai semangat kerja untuk membantu masyarakat.
  • Memahami dan mampu mengulas isu semasa.
UMNO perlu menyediakan calon untuk pilihanraya akan datang dengan ilmu-ilmu politik bernafas UMNO. UMNO tidak boleh membiarkan generasi muda yang mempunyai semangat politik terlepas begitu sahaja. Cara untuk menarik mereka ini adalah dengan memberi jawatan-jawatan diperingkat cawangan. Biarkan mereka ini mengemukakan idea semasa mesyuarat cawangan. Idea-idea itu perlu dipanjangkan sehingga kep pringkat atasan agar mereka merasa dihargai.

No comments: