24 July, 2012

Sistem Khilafah

Era langit terbuka, memberi impak kepada sistem kehidupan manusia zaman moden. Zaman ini adalah zaman yang mana manusia boleh berkomunikasi antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, bahasa, agama dan sempadan.

Manusia juga melangkah melepasi sempadan ideologi dan fahaman. Jika satu masa dahulu manusia di bumi ini terbahagi kepada blog timur dan barat. Negera-negara disebelah timur terarah fahaman komunisisme dan sosialisisme manakala barat berkiblatkan kapitalisme.

Semua di atas tidak mampu melepasi aras fahaman sistem khilafah atau mahu aku sebut di sini sebagai idealogi Islam. Imam Taqiyyuddin An Nabhani mendefinisikan Daulah Khilafah sebagai kepemimpinan umum bagi seluruh kaum muslimin di dunia untuk menegakkan hukum-hukum Syariat Islam dan mengembang risalah Islam ke seluruh penjuru dunia (Imam Taqiyyuddin An Nabhani, Nizhamul Hukmi fil Islam).

Dari definisi ini, jelas bahawa Daulah Khilafah adalah hanya satu untuk seluruh dunia. Kerana nas-nas syara’ (nushush syar’iyah) memang menunjukkan kewajipan umat Islam untuk bersatu dalam satu institusi negara. Sebaliknya haram bagi mereka hidup dalam lebih dari satu negara.

Sistem khilafah yang pernah wujud dari zaman pemerintahan baginda Rasullullah S.A.W di Madinah hingga kejatuhan empayar Turki Uthmaniah telah mewujud satu kehidupan yang sempurna dan ketamudunan manusia yang lebih baik.

Barat pada ketika itu berada dalam zaman gelap telah mendapat impak dari sistem khilafah ini. 


Adakah sistem khilafah ini dapat diwujudkan semula di bumi selepas jatuhnya empayar Turki Uthmaniyyah pada tahun 1923?





No comments: