22 April, 2011

PRU KE-13 : MELAYU VS CINA

Merujuk senario pilihanraya Sarawak. Bangsa Cina menolak konsep perkongsian kuasa yang telah diguna pakai sebelum negara merdeka.


Merujuk pilihanraya Sarawak bangsa Cina memberi sejumlah undi yang besar kepada DAP. Sebuah parti pembangkang yang menolak konsep perkongsian kuasa dalam kerajaan Malaysia.


Hal ini menyebabkan berlaku kejutan kepada rakyat, bukan sahaja di Sarawak malah di Semenanjung Malaysia.


Pelbagai spekulasi wujud di kalangan rakyat berbilang kaum, tentang bagaimana masa depan negara jika dalam PRU ke-13, Cina hanya memberi undi kepada DAP sahaja, manakala Melayu pula memberi undi kepada Barisan Nasional dan PAS


Jika hal ini berlaku maka akan wujud sebuah kerajaan yang tidak mewakili semua kaum. Hanya bangsa Melayu yang menjadi ahli kabinet. Pada ketika itu bagaimana hubungan antara kaum di Malaysia?

1 comment:

Anonymous said...

Tak mengapa kerana semua itu adalah kemahuan majoriti kaum tersebut.
Kita harus lalui "eksperimen" yang memang diinginkan mereka.
Lihat dahulu keputusannya nanti.