18 September, 2009

Sejarah Selama Perak

Selama terletak dalam Parlimen Larut. Kampung Selama atau dahulunya dipanggil Kampung Selamat dibuka oleh Encik Abdul Karim bin Raja Aman Shah pada 22.1.1870 Masihi bersamaan 14hb Muharram 1290 Hijrah. Sebelum itu En. Abdul Karim bekerja sebagai budak pejabatdi bawah Orang Kaya Menteri Larut, Long Jaafar. Kemudian beliau dinaikkan pangkat menjadi kerani. Pada tahun 1858, Ngah Ibrahim menggantikan ayahnya sebagai Orang Kaya Menteri Larut. Encik Abdul Karim yang terus bekerja dengan Ngah Ibrahim kemudiannya meminta restu untuk membuka sebuah kampung di Utara Larut. Permohonannya itu diperkenan oleh Ngah Ibrahim.


Sebelum kedatangan Encik Abdul Karim di daerah ini sudah pun wujud sebuah kampung berhampiran sungai lebih kurang 10 km dari Pekan Selama yang dikenali sebagai Kampung Sungai Bayor. Kampung ini didiami oleh orang - orang Melayu keturunan Pattani. Kampung pula di buka oleh keluarga Tok Mat sheik


Rombongan Encik Abdul Karim menaiki sampan mudik Sungai Kerian dan singgah di sebuah tempat bernama Tanjong Medan (kini dikenali Kampung
Medan). Kemudian mereka berpindah pula ke Kampung Selamat yang terletak antara Jalan Sir Chulan dan Kampung Gudang, kemudian kampung itu ditukar nama kepada Kampung Selama.


Setelah bijih timah dijumpai (di belakang Pejabat Daerah Selama sekarang), maka Encik Abdul Karim menjemput orang keturunan Rawa dari Sumatera dan Orang Cina datang ke Selama untuk memajukan perusahaan bijih timah di Selama.


Encik Abdul Karim pernah menubuhkan pasukan pengawal untuk melindungi keselamatan pekerja dan perusahaan bijih timahnya. Bijih diambil secara mendulang dan cara pam kelikir. Bijih dijadikan jongkong dan dipasarkan ke Nibong Tebal menggunakan sampan. Setelah hasil bijih timah merosot, maka Encik Abdul Karim menyerah Kampung Selama kepada pihak Inggeris pada tahun 1888. Di bawah pihak Inggeris dibangunkan dan dimajukan seterusnya.


Encik Abdul Karim juga pernah dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (State Council) di bawah pemerintahan Raja Yusuf. Encik Abdul Karim meninggal dunia pada tahun 1890 dan dikebumikan di kebumikan bersebelahan Masjid Lama Jalan Sri Chulan Selama Perak.

4 comments:

The Eugenist said...

Salam.. Sebagai fakta tambahan, kampung Sungai Bayor ini telah dipercayai dibuka oleh seorang lelaki bernama Hj Mohd Amin bin Hj Kassim, yang berasal dari Yala, Thailand bersama rombongan-rombongan beliau yang telah melarikan diri dari kekejaman kerajaan Thailand. Ini terbukti di mana kekejaman kerajaan Thai ke atas penduduk Islam Yala/Narathiwat ini telah berlaku sejak beratus tahun lagi. Saya merupakan antara cicit kepada Hj Mohd Amin ini.

Anonymous said...

saya nk buat tesis pasal sejarah pasal sejarah dan perkembangan selama..kt mana sy leh dapat maklumat pasal sejarah dan perkembangan selama ni eh..sy cuba cr kt arkib negara tak byk sgt ade maklumat..

Anonymous said...

saya nk buat tesis sejarah pasal sejarah dan perkembangan selama...mana sy leh dapat maklumat pasal selama eh..sy cb cr kt arkib tak de byk sgt bahan...

hellobaby said...

Boleh saya tau pasal keturunan wan abdul jamal jamil lgi 3 org lupa nama . yg buka kawan d selama perak dan sik kedah . dari rabu thailand . istana.sungai mekong .