01 October, 2009

Tun Dr. Mahadhir "Kita akan menang"

NO. 3 JALAN TODAK 1 Okt 2009 - Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan berkempen untuk calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang. Tetapi beliau mempunyai keyakinan bahawa BN akan menang. Pendapat Tun selalunya tepat. Beliau mempunyai deria rasa yang tinggi pada politik tanah air.

"Beliau adalah calon parti, saya sokong. Pendapat peribadi saya tidak perlu diambil kira," katanya apabila ditanya sama ada beliau kecewa dengan pencalonan bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Abdul Samad sebagai calon BN, lapor Bernama.

Apabila ditanya adakah ia akan menjejaskan peluang BN untuk memenangi pilihan raya kecil kali ini, katanya, "Saya rasa kita ada peluang baik. Kita akan menang."

Bagaimanapun, apabila ditanya tentang majoriti, beliau berkata: "Saya tidak tahu. Mungkin boleh. Saya agak."

No comments: