12 October, 2009

KEMENANGAN ISA SAMAD BUKAN KERANA UNDI POS.


No. 3 JALAN TODAK- Pihak pembangkang tidak boleh menjadikan undi pos sebagai alasan menyebabkan Pas kalah teruk di DUN Bagan Pinang.

Dalam PRK DUN N31 Bagan Pinang Isa Samad memperolehi 8,013 undi berbanding Zulkefly Mohamad Omar hanya memperolehi 2,578. Isa Samad telah menang di semua 19 peti undi termasuk peti undi kawasan bukan Melayu.


Jika ditolak undi pos sebanyak 4,602 yang melibatkan 4,571 anggota tentera dan 31 anggota polis, Isa Samad masih menang dengan majoriti undi yang besar kerana beliau telah menang di semua peti undi.

Isa Samad = 8,013 - 4,602 = 3411
(jika semua undi pos dikatakan memberi sokongan kepada Isa Samad)
Zulkefly = 2,578

Peratus kemenangan yang meningkat dua kali ganda berbanding pilihanraya yang lepas
menunjukkan gelombang 1Malaysia telah diterima oleh rakyat berbilang kaum di Bagan Pinang.

Diharap kemenangan BN di Bagan Pinang dapat memberi semangat kepada semua penyokong UMNO dan Barisan Nasional.

BN perlu membuat kajian terperinci atas kemenangan di Bagan Pinang. Kajian ini boleh menjadi panduan kepada BN untuk diguna pakai di mana-mana pilihanraya kecil akan datang.







No comments: