16 October, 2009

PAS HILANG HALUAN PERJUANGAN

Tidak lama lagi akan ahli PAS yang beragama Hindu dan Buddha apabila Kelab Penyokong PAS akan ditingkatkan status sebagai sebuah sayap parti. Hal ini merujuk kenyataan oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Mujahid Yusof Rawa merangkap ahli Parlimen Parit Buntar.

Beliau berkata "dengan status tersebut maka kelab ini dapat memainkan peranan yang lebih efektif lagi. Ianya juga akan mempunyai perlembagaan sendiri, pemilihan pimpinan, struktur organisasi dan perkara yang berkaitan dengan organisasi ini."

Nampaknya PAS mulai gentar dan tidak dapat tidur lena,mandi tak basah apabila parti baru kaum India Makkal Sakhti akan menjadi kompenan Barisan nasional. Manakala ahli Makkal Sakhti kebanyakannya aalah anggota Kelab Penyokong PAS.

Dengan tindakan menjadikan Kelab Penyokong PAS sebagai sebuah sayap parti,menunjukkan PAS terdesak untuk mendapatkan sokongan dari kaum bukan Melayu.

Jelas ini menunjukkan parti PAS amat gila kuasa, tamak haloba dalam mencari sokongan dan sanggup mengadai perjuangan asal mereka hanya untuk mendapatkan apa sahaja yang dihajati.

No comments: