29 October, 2009

PAS TIDAK PERLUKAN SEMINAR

Assalamualikum pembaca budiman, saya tertarik untuk memperkatakan tentang masalah parti PAS, kerana saya menganggap penyokong-penyokong PAS adalah bangsa Melayu, yang mungkin ada juga unsur, badannya Melayu dan nyawanya Islam.

Jika merujuk kepada keputusan mesyuarat khas jawatankuasa pusat semalam, PAS akan mengadakan satu seminar yang bakal disertai oleh perwakilan-perwakilan dari seluruh negara yang akan diadakan pada 7 November 2009.

Pada pendapat saya PAS tidak perlu lagi berseminar tetapi perlu kepada EGM atau mesy.agung tergempar yang perlu dihadiri oleh semua perwakilan dari seluruh negara dan setiap perwakilan perlu memberi pendapat tentang hala tuju perjuangan parti PAS, bukan lagi hanya berseminar. Seminar ini untuk budak sekolah bolehlah.

Dengan mengadakan EGM, parti PAS boleh mengambil satu keputusan sama ada untuk terus mengadakan perbincangan dengan UMNO, kekal dengan pakatan atau kembali kepada perjuangan asal PAS iaitu mendirikan sebuah negara Islam dan hudud sebagai undang-undang negara.

Mungkin juga EGM itu dapat menentukan apa yang perlu dibuat kepada Nik Aziz, kekalkan dia sebagai Mursyidul Am atau tidak.

Jika setakat mengadakan seminar, bermakna masalah dalaman dan hala tuju parti bangsa Melayu yang ke-2 terbesar di negara ini tidakakan selesai.

Pas perlu berani mengambil satu keputusan kerana PAS sekarang dilihat tiada halatuju, tidak konsisten dengan perjuangan, PAS juga dilihat hanya mengikut telunjuk kepada satu golongan yang sememangnya mempunyai agenda untuk menghancurkan umat Melayu di negara ini.

2 comments:

rizuan mh said...

salam aspirasi salam perjuangan..

salam org selama.

Anonymous said...

saye ni orang Melayu, tapi saye tak suke bile ada orang yg saling menghinakan,ingat orang melayu biase dekat dengan ajaran islam,akhlak nya baik,tapi menghinakan orang tu tindakan tak baik,cobalah jgn menghina