01 October, 2009

Round 1 'BN menang'

1. Setakat hari ini Pas dan gang (PKR/DAP) umpama 'seekor ibu kucing nak beranak'. Mereka gelisah dan masih mencari ruang untuk menyerang.

2. Mereka ketandusan isu untuk menyerang calon BN. Pas dan gang pembangkang yang terkenal dengan kaedah serangan peribadi dalam beberapa siri pilihanraya kecil sehinggakan Nik Aziz terpaksa membuat teguran.

3. Jika di Permatang Pasir mereka gah dengan menyerang peribadi calon BN. Tetapi di Bagan Pinang situasi berbeza.

4. Jika Pas dan gang membangkitkan isu rasuah politik yang dihadapi oleh Isa Samad, maka ini menunjukkan pemikiran politik mereka umpama parti 'politik cap ayam'. Hal ini kerana Isa Samad telah menjalani hukuman apabila beliau digantung keahlian tiga tahun.

5. Isa Samad yang pernah digantung selama tiga tahun mulai 24 Jun 2005 kerana melanggar etika pemilihan pucuk pimpinan Umno 2004. Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.

6. Jika kita lihat pemimpin pembangkang ramai yang bermasalah. Antara mereka ada yang dikenakan ISA pun boleh menang dalam pilihanraya, Lim Guan Eng yang pernah dipenjara pun boleh jadi Ketua Menteri serta Anuar Ibrahim sendiri masih mencuba melengah-lengahkan pembicaraan kes liwat beliau.

7. Apa yang perlu dilakukan oleh BN sekarang ialah merangka strategi untuk menangkis serangan pihak pembangkang serta strategi berterusan mendekati rakyat.

8. Dun Bagan Pinang mempunyai 13,664 pengundi iaitu 62.77 peratus pengundi Melayu, 20.74 peratus India,10.96 peratus Cina dan 5.54 peratus kaum lain.

No comments: